Testimonial

Produk Herbalife SKIN membantu anda mencapai hasil harian maksimum. Saksikan sendiri dan bacalah testimonial daripada pelanggan-pelanggan kami.

SEBELUMBefore
SELEPASAfter

KAMILAH BT JUSOH

“Sebelum mengguna produk Herbalife SKIN, kulit muka saya kelihatan kusam dan tona kulit saya tidak sekata. Saya mengalami bintik hitam dan jerawat semasa tinggi rendah suhu yang melampau. Saya tidak suka sekali mengambil gambar ‘close-up’ kerana saya tidak yakin dengan keadaan kulit muka saya.

Selepas mengguna produk Herbalife SKIN selama 7 hari, sebum kulit muka saya menjadi semakin kurang*. Saya berasa lebih yakin berada di hadapan kamera dan sekarang, saya gemar sekali mengambil gambar foto! Apabila ditanya tentang keadaan kulit muka saya, saya boleh merumuskannya dalam 3 patah perkataan, iaitu SEMPURNA, LICIN dan SEGAR!* Saya berasa puas hati dengan HERBALIFE SKIN!”

SEBELUMBefore
SELEPASAfter

LOO KIA CHUN

“Saya telah mengguna produk Herbalife SKIN selama 1 bulan. Saya suka dengan keringkasan produk ini. Langkah-langkah (Langkah 1-5) penggunaan jelas kelihatan pada pembungkusan produk itu sendiri!

Selepas mengguna produk Herbalife SKIN, garis-garis halus pada bahagian mata bertambah kurang dengan ketara dan muka saya kelihatan lebih berseri dan berasa lebih lembap sepanjang masa*. Pori-pori muka saya juga lebih halus dan kulit saya menjadi lebih licin*.

Saya suka sekali dengan bau wangi dan pengalaman mewah yang dinikmati bersama Herbalife SKIN!”

SEBELUMBefore
SELEPASAfter

Maimun Jusoh

“Kulit muka saya bertambah baik selepas mengguna produk Herbalife SKIN. Ia kelihatan lebih berseri dan pori-pori kulit juga telah menjadi kecil. Saya berasa amat berpuas hati dengan hasilnya dan ia juga telah meningkatkan keyakinan diri saya.”

SEBELUMBefore
SELEPASAfter

Rebecca Bong

“Saya sudah mengguna banyak jenis produk penjagaan kulit untuk membaiki kulit muka saya tetapi semuanya tidak berhasil. Apabila saya menukar kepada Herbalife SKIN, dan mengguna produk nutrisi dalaman, saya mendapati kulit dan kulit muka saya berubah dengan lebih ketara – lebih cerah dan berseri.”

SEBELUMBefore
SELEPASAfter

LILY ANG

“Nama saya Lily dan saya berasal dari Johor Bahru.

Selepas mengguna produk Herbalife SKIN, kulit muka saya bertambah licin dan garis-garis kedut dan garis halus pada muka semakin berkurangan. Muka saya kelihatan lebih berseri dan tona kulit saya kini lebih sekata.”

SEBELUMBefore
SELEPASAfter

FRANCIS WONG

“Saya mengguna produk Herbalife SKIN selama hampir 1 bulan. Ia satu regim yang lengkap, ringkas dan mudah diikuti untuk orang lelaki.

Produk kegemaran saya ialah Hydrating Eye Cream dan Firming Eye Gel. Saya berusia dalam lingkungan 50-an dan muka saya kelihatan lebih berseri sekarang selepas mengguna Herbalife SKIN selama 7 hari. Rasanya sungguh memuaskan selepas mengguna produk Herbalife SKIN. Tekstur yang halus dan bau wanginya seolah-olah kulit dimanjakan sepanjang hari!”

SEBELUMBefore
SELEPASAfter

JASMINE CHAI

“Pada hari pertama saya mengguna produk Herbalife SKIN, saya berasa sungguh teruja kerana pembungkusannya begitu MENARIK SEKALI!!! Saya tidak sabar untuk mencuba produk. Sebaik sahaja saya sampai di rumah, saya terus membuka produk dan menggunakannya pada seluruh muka saya.

Produk yang pertama ialah Polishing Citrus Cleanser. Muka saya berasa segar selepas menggunanya. Energizing Herbal Toner memberikan saya perasaan “WOW”! Toner ini menyegarkan dan menegangkan kulit saya!

Semua pelembap dan serum berada dalam bentuk emulsi, dan dengan itu ia bertekstur ringan dan tidak melekit.

Produk kegemaran saya ialah Eye Gel dan Eye Cream, yang tidak merengsakan kulit saya walaupun saya mempunyai mata yang sensitif*.

Selepas sebulan mengguna rangkaian produk Herbalife SKIN, kulit muka saya berasa amat terhidrat, berasa lembut dan kelihatan lebih sihat. Saya sayang Herbalife SKIN!!!”

SEBELUMBefore
SELEPASAfter

CALIS LOOI

“Selepas mengguna Herbalife SKIN, kulit saya kelihatan lebih licin dan lembut*. Dengan sekali penggunaan Purifying Mint Clay Mask, saya mendapati pori-pori pada kulit muka saya semakin kecil dan tidak jelas dilihat kerana kesan menegangnya. Sekarang, kulit muka saya lebih berseri berbanding dengan sebelum ini!*”

SEBELUMBefore
SELEPASAfter

MAY ONG

“Hi, nama saya ialah May Ong dari Melaka.

Saya sudah mengguna produk Herbalife SKIN selama 1 bulan. Sebelum mengguna produk Herbalife SKIN, tona kulit saya tidak sekata.

Selepas mengguna produk Herbalife SKIN, kulit muka saya bertambah licin*. Yang pentingnya, apabila saya berada di Kelab Nutrisi, para pelanggan saya asyik bertanya kenapa kulit muka saya kelihatan cerah dan berseri sekarang*. Saya menjawab, inilah hasil penggunaan produk Herbalife SKIN. Terima kasih Herbalife SKIN!”

SEBELUMBefore
SELEPASAfter

SUZILAWATI

“Selepas menggunakan Herbalife SKIN, kulit muka rasa lembut, cerah , pori pori semakin kecil dan garis garis halus di bahagian bawah mata semakin berkurangan*.

Yang sangat ketara sekali ialah kulit tidak kusam lagi & sangat rasa selesa*.”

SEBELUMBefore
SELEPASAfter

HASLINA HASIM

“Nama saya Haslina Hasim , berumur 35 tahun dan ibu kepada 2 orang anak.

Saya merupakan pengguna Herbalife SKIN selama 1 bulan. Sebelum menggunakan Herbalife SKIN, kulit saya kusam dan nampak tidak segar. Usia mencecah lewat 30-an menyebabkan mata sembab dan garis halus kelihatan.

Selepas menggunakan Herbalife SKIN, saya nampak perubahan pada kulit saya hanya selepas 7 hari. Kulit muka makin segar dan bersih. Saya menggunakan make-up setiap hari, kulit terasa lebih bersih dan ringan selepas menanggalkan mekap saya*. Saya sangat berpuas hati.

Usah menyembunyikan kecantikan anda dengan mengguna mekap, sebaliknya serlahkan kecantikan anda. Terima kasih Herbalife SKIN!”

SEBELUMBefore
SELEPASAfter

MELISSA HUI

“Saya sudah mengguna pelbagai rangkaian produk penjagaan kulit selama 28 tahun. Herbalife SKIN merupakan yang terbaik daripada semua produk yang telah saya cuba.

Sebelum ini kulit muka saya kelihatan kusam, letih dan kering. Saya memerlukan masa sejam untuk membubuh mekap bagi menutup masalah kulit saya ini. Selepas mengguna produk Herbalife SKIN, kulit muka saya kini menjadi lebih licin, berseri dan cerah*. Saya boleh mengurangkan masa untuk bermekap dan keluar dengan yakin dengan kulit saya yang baharu ini.

Saya sayang Herbalife SKIN!”


* PENAFIAN: Hasil yang ditunjukkan ini bukanlah hasil yang tipikal. Hasil berubah-ubah bergantung pada individu.